Tebing Tinggi

Tebing Tinggi merupakan sebuah kota di Sumatera Utara, Indonesia. Berjarak sekitar 80 kilometer dari Medan, ia terletak di Jalan Nasional menuju Pematang Siantar (Sumatera Utara) dan Tanjung Balai (Sumatera Utara). Tebing Tinggi dengan luas wilayah 3,843.8 hektar (38.4 km persegi) dibahagikan bagi pentadbiran menjadi tiga kecamatan dengan 27 kelurahan. Kota ini mengandungi 125,000 orang penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum pendatang. Tebing Tinggi telah memiliki pelbagai sarana dan prasarana kota yang selama ini difungsikan untuk melayani masyarakat.Pelbagai kegiatan pelayanan umum dibidang pendidikan, kesihatan, perniagaan, pemukiman dan penyediaan jasa-jasa lainnya masih memberikan peluang kepada dunia usaha dan masyarakat untuk melakukan pelaburan sesuai dengan pertumbuhan kota.